Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin
Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin

Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin

Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin (Bahasa Arab: الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين, al-Jabhah al-Sha`biyyah li-Tahrīr Filastīn) adalah parti dan organisasi sayap kiri yang menjadi anggota dari Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Barisan ini ditubuhkan pada 11 Disember 1967 sebagai perluasan cawangan Palestin daripada Gerakan Nasionalis Arab, yang runtuh selepas kekalahan Perang Enam Hari.PFLP ini diasaskan dengan mesyuarat pimpinan cawangan Palestin dari Gerakan Nasionalis Arab; antara lain Dr. George Habash, Mustafa Al Zubairi yang masyhur dikenal sebagai Abu Ali Mustafa, Wadie Haddad, Ahmad Hussein Al Yamani, Hussein Hammoud (Abu Assad), Nayef Hawatmeh yang kemudian keluar dan mengasaskan Barisan Demokratik untuk Pembebasan Palestin (DFLP), dan Muhammad Al Qadi yang bersara pada pertengahan dekad 1970-an. Pimpinan Gerakan Nasionalis Arab ini bertemu dengan pimpinan kumpulan Palestin yang lain, yakni seperti Barisan Pembebasan Palestin (dengan Ahmad Jibril yang kemudian keluar untuk menubuhkan Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin – Perintah Am (PFLP–GC)), dan beberapa orang bebas.[3]

Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin

Singkatan PFLP
Kedudukan politik Jauh kiri
Ibu pejabat Damsyik, Syria
Pengasas Dr. George Habash
Majlis Perundangan Palestin
3 / 128
Sayap separa tentera Briged Abu Ali Mustafa
Ideologi
Ditubuhkan 11 Disember 1967; 55 tahun yang lalu (1967-12-11)
Penggabungan antarabangsa Seminar Komunis Antarabangsa (tidak berfungsi)
Paksi Penentangan
Setiausaha agung Abu Ali Mustafa (-2001)
Ahmad Sa'adat (2001-sekarang)
Penggabungan serantau Pertubuhan Pembebasan Palestin
Perikatan Demokratik